Saturday, September 4, 2010

Penerbitan Video SCP(BAHAGIAN 1)

FASA-FASA DALAM PENERBITAN VIDEO

1. PENGENALAN

Filem dan video merupakan bahan yang amat penting dalam kehidupan manusia pada hari ini. Bahan-bahan media ini mampu mempengaruhi pemikiran khalayak. Dalam teori asas komunikasi, iaitu Teori Penentuan Agenda, media mampu menentukan tajuk perbualan khalayak pada bila-bila masa.


2. SEJARAH

2.1 SEJARAH FILEM

2.1.1 Penciptaan alatan

- THOMAS ALVA EDISON

- LUMIERE BERSAUDARA

THOMAS ALVA EDISON

- 1887 edison telah mencipta Kinetoscope.

- Merupakan alat perakam dan penayang gambar.

- Gambar dirakam atas pita celluloid yang dicipta oleh George Eastman.


KINETOSCOPE

LUMIERE BERSAUDARA

- Mencipta CINEMATOGRAPHE 1895.

- Merupakan kombinasi kamera, alat memproses filem dan projector.

- 28 Dis. 1895 Lumiere telah menayangkan 10 buah filem pendek kepada umum di Paris yang mengambil masa selama 20 minit. Jumlah penonton ialah 200 orang dan mereka dikenakan bayaran. Kali pertama filem mereka ditayangkan dan dikenakan bayaran

- Salah sebuah hasil rakaman pertama mereka yang ditayangkan ialah “Workers Leaving the Lumière Factory”


CINEMATOGRAPHE

2.1.2 SEJARAH PERALATAN VIDEO

- Perakam video pertama dipasarkan oleh AMPEX dalam tahun 1956 yang menggunakan pita bersaiz 2 inci dan hanya digunakan oleh stesen tv

- Sony dan Phillip memasarkan VTR pertama mereka dalam tahun 1963.

- Sony pertama kali memasarkan perakam video untuk kegunaan rumah dalam tahun 1965.

- Sony mengeluarkan VTR format U-Matic 1971 dan U-Matic Hi-Band 1980 an

- 1977 pita VHS (Video Home System) diperkenalkan oleh JVC.



2.1.3 PERKEMBANGAN PEMBIKINAN FILEM

- GEORGES MELIES DARI PERANCHIS

- Georges Melies telah mengarahkan 531 filem diantara tahun 1896 hingga 1914, dari satu minit hingga 40 minit.

- “A Trip To The Moon” telah ditayangkan pada tahun 1902

- Georges Melies telah memperkenalkan teknik penyuntingan.



- EDWIN S. PORTER

- The Great Train Robbery, filem cowboy pertama 1903

- Edwin merupakan pembantu kepada Edison.

- DW GRIFFITH

- The Lonely Villa 1909

- The Birth of Nation 1915

- Mula-mula memperkenalkan sudut kamera, saiz long shot dan close up shot.



3.0 JENIS-JENIS FILEM

3.1 FILEM CEREKA

Filem rekaan, rekaan atau fiksyen serta untuk hiburan.

3.2 FILEM DOKUMENTARI

Filem berkaitan kebenaran menurut pandangan pembuat filem dan bukan rekaan.

3.3 FILEM EKSPERIMENTAL

Filem yang berkaitan kebenaran yang mengetengahkan pandangan peribadi.



PROSES PENERBITAN FILEM DAN VIDE

A. PLANNING

- Buat perbincangan dengan ahli kumpulan untuk mendapatkan idea.

- Seterusnya menulis sinopsis, olahan cerita atau treatment dan skrip

- Kertas cadangan


4.1. KERTAS CADANGAN

- Kertas cadangan secara lengkap biasanya ditulis selepas Sinopsis dan Olahan Cerita atau Treatment dibuat.

- Tujuan Kertas cadangan adalah untuk mempengaruhi Penerbit untuk menerima cadangan skrip dan diterbitakan menjadi sebuah rancangan yang boleh disiarkan.



4.1.1 KANDUNGAN KERTAS CADANGAN

- NAMA RANCANGAN

Nama rancangan di mana skrip atau rancangan ingin disiarkan.

- JENIS RANCANGAN

Sama ada drama, dokumentari, rancangan majalah atau masakan

- TAJUK RANCANGAN/ DRAMA/ DOKUMENTARI

Tajuk penerbitan tersebut

- KHALAYAK SASARAN

Khalayak umum atau khusus seperti wanita

- TUJUAN RANCANGAN/ DRAMA

Mengapa rancangan atau drama tersebut perlu diterbitkan. Apakah matlamat yang hendak dicapai

- BAHASA SIARAN

Bahasa pengantar

- SINOPSIS

Secara ringkas

- OLAHAN CERITA/ SKRIP

Ditulis dalam kertas lain dan disertakan dengan kertas cadangan.

Perlu menyusun sinopsis dahulu sebelum membuat olahan. Biasanya orang akan membaca sinopsis dahulu sebelum membaca olahan

- MAKLUMAT LAIN

Seperti kos pembiayaan, tenaga kerja, lokasi penggambaran, jumlah pelakon jika berkaitan, peralatan yang digunakan, jenis muzik dan perkara lain yang difikirkan perlu.



Cadangan menghasilkan program video bertajuk :


Genre:


Sasaran penonton:




Nama:

Tempoh:


Objektif program video:

Tujuan program video:

Sinopsis


Olahan Cerita/ Treatment:

Kos Produksi/ Penerbitan

Tenaga Produksi:



Title:…………………….

Date:…………………… Page: ……………...

NO.

VISUAL

AUDIO























5. FASA-FASA
DALAM PRODUKSI

5.1 PRA-PRODUKSI (PRE PRODUCTION)

Termasuk menulis skrip dan perancangan yang perlu dalam penyediaan skrip untuk rakaman.


5.2 PRODUKSI (PRODUCTION)

Rakaman sebenar filem atau produksi berkenaan.


5.3 PASCA-PRODUKSI (POST PRODUCTION)

Proses menyunting, memasukkan bunyi dan grafik.



5.1. PRA-PRODUKSI (PRE PRODUCTION)

a. SINOPSIS

b. TREATMENT

c. SKRIP

d. PEMILIHAN PELAKON

e. RECEE

f. BELANJAWAN

g. JADUAL PENGGAMBARAN

h. SKRIP PENGGAMBARAN DAN STORYBOARD

i. PEMBINAAN SET

j. PENYEDIAAN KOSTUM

k. SOLEKAN



A. SINOPSIS

- Merupakan maklumat ringkas yang padat dan jelas.

- Sinopsis yang terbaik ialah antara 30 – 50 patah perkataan dan yang kurang baik ialah melebihi 100 patah perkataan.

- Sinopsis ditulis dalam satu perenggan.


CONTOH SINOPSIS

Forbidden Kingdom merupakan sebuah filem aksi, fantasi, penggembaraan dan lucu. Ia mengisahkan seorang remaja Amerika bernama Jason di abad ke-21 yang amat meminati filem kung fu. Secara tidak sengaja Jason telah terjumpa sebatang tongkat unik yang telah membawanya terlibat dalam satu pengembaraan di era 500 tahun dulu.



B. OLAHAN CERITA/ TREATMENT

- Satu proses pengisahan yang lengkap mengenai satu-satu cerita dari kaca mata seorang tukang cerita tanpa dialog.

- Menggunakan kaedah adegan demi adegan.

- Mereka yang membaca akan merasa kesan yang sama saperti mereka menonton.

- Biasanya untuk filem atau drama satu jam, olehan cerita atau treatment panjangnya dari 40 hingga 60 muka surat.


CONTOH OLAHAN CERITA ATAU TREATMENT

Siang hari. Long shot dan pan. Kita dilihatkan kawasan ladang kelapa sawit yang luas, tetapi sebahagiannya ditutupi semak. Kedengaran bunyi anjing dari jauh. Kita lihat anjing dan seorang lelaki Cina melangkah sungai dengan memijak batu-batu di dalamnya.

Bunyi anjing semakin ganas membawa pemburu ke arah sesuatu bungkusan. Kamera bergerak ke sebalik bungkusan guni yang besar menampakkan anjing dan pemburu meluru ke arah bungkusan tersebut………..


C. SKRIP

- Skrip ialah idea yang dikembangkan menjadi isu dan persoalan.

- Skrip berfungsi untuk memenuhi sesuatu tujuan dengan menggunakan sesuatu jenis media.

- Skrip dihasilkan oleh penulis skrip.

- Penulisan skrip berlaku berulang kali sehingga diluluskan untuk diterbitkan.

- Biasanya Penerbit akan membeli terus skrip dan mengubah bahagian tertentu jika diperlukan.



SUMBER IDEA UNTUK SKRIP

i. Pengalaman sendiri

ii. pengalaman orang lain

iii. pembacaan pelbagai bahan.

iv. menonton.



BENTUK IDEA

Idea ialah cetusan desakan fikiran mengenai sesuatu.

BENTUK

i. IDEA TERPENDAM

Idea tidak aktif.

ii. IDEA TERPERAM

Idea masih berlegar dalam fikiran secara aktif yang dicadangkan untuk dilahirkan menjadi skrip.

iii. IDEA LAHIRIAH

Idea yang telah dilahirkan.



CONTOH SKRIP

FADE IN

LUAR. HADAPAN HOSPITAL BESAR SIANG

20. LS MAK MUNAH MASUK KE DALAM TEKSI

sebuah teksi menunggu di jalanraya di hadapan pintu Hospital Besar, MAK MUNAH, berusia separuh abad, keluar dari hospital dan masuk ke dalam teksi. Dia diikuti oleh FAIZAL yang membawa beg pakaian MAK MUNAH. FAIZAL menunggu di luar teksi untuk memberi beg kepada MAK MUNAH.

21. MS FAIZAL MENGUNJUKKAN BEG.

FAIZAL mengunjukkan beg kepada MAK MUNAH di dalam teksi.

FAIZAL

( berwajah muram)

Ini beg mak..



RUNDOWN SHEET UNTUK MULTIPLE CAMERA PRODUCTION

GOOD MORNING

7:00:00 (0:20) LOGO OPENING VTR

7:00:20 (1:00) AHMAD & ISMA/intro SET

7:01:20 (5:00) SEGMENT 1/ Asmah VTR

7:06:20 (1:00) AHMAD & ISMA SET

7:07:20 (5:00) SEGMENT 2/ Abu VTR

7:12:20 (1:00) AHMAD & ISMA SET

7:13:20 (0:30) COMMERCIAL BREAK VTR

7:13:50 (1:00) AHMAD & ISMA SET

7:14:50 (0:10) CREDIT TITLE GRAPHIC



CONTOH SKRIP MCP

VIDEO AUDIO

FADE IN MONTAGE

PLAY VTR -

WIDE SHOT AHMAD AND

ISMA(HOST) HOST

Selamat pagi semua, semoga para penonton sihat bersama ahli keluarga pada hari minggu ini…..

CLOSE UP ISMA ISMA

Kami di sini akan menyajikan kepada anda beberapa peristiwa yang dibawakan oleh wartawan kami dari seluruh pelusuk negara…



CONTOH SKRIP MCP PELAJAR PENG. MEDIA UKM

BIL.

VISUAL

DURASI

MUZIK

AUDIO

1.

MONTAGE

00:00:30

-

-

2.

CAM 2 WIDE SHOT STUDIO KEMUDIAN ZOOM IN TO MS AHMAD & ASMAH

00:02:00

FADE IN MUZIK

ASMAH

Selamat pagi …..Bla..bla…bla…

AHMAD

Saudara hari ini kami akan membawakan kepada saudara….



D. PEMILIHAN PELAKON

- Biasanya pelakon dipilih oleh pengarah.

- Dipilih berdasarkan watak dalam skrip.

- Skrip akan diberi terus kepada pelakon utama.

- Pemilihan pelakon dibuat sebelum produksi melainkan pelakon tambahan.



E. RECEE/ MENINJAU LOKASI

1. Proses mencari tempat yang sesuai untuk penggambaran.

- Kebenaran diminta daripada pihak tertentu bila rakaman luar dibuat.

- Arah cahaya matahari penting untuk subjek rakaman dalam dan luar.

- Keperluan pencahayaan juga perlu diberi perhatian.

- keperluan plug point dilokasi.

- Bunyi-bunyi yang tidak diperlukan.

- Bertanya kepada masyarakat tempatan berkaitan perkara-perkara yang perlu.



F. BELANJAWAN

- Bayaran pengarah

- Bayaran pelakon tetap dan tambahan.

- Bayaran krew penerbitan

- Bayaran sewa peralatan

- Sewa studio rakaman

- sewa studio penyuntingan

- Pengangkutan

- Props dan kostum

- Sewa lokasi

- Penginapan

- Orkestra

- Catering



G. JADUAL PENGGAMBARAN

- Penolong Pengarah akan memecahkan skrip mengikut babak, shot, props, kostum, lokasi dan pelakon.

- Disediakan mengikut jumlah hari penggambaran dan babak.

- Babak yang digambarkan di tempat yang sama akan dibuat pada hari yang sama.



CONTOH JADUAL PENGGAMBARAN

Production: Angau

Dates: Jun 5 - 15

scene crew cast

Thurs. 11th

PM int. bedroom 14, 16, 20, 30, full shooting Amran, Rozita

crew

SCENE 35

Depan Rumah

Ana/Hisham

Baldi, paip, kain pengelap, car shampoo, kereta

SCENE 40

Depan Rumah

Ana/Hisham/Mak Timah/Asmah/Azam.

Raket, bulu tangkis, lego

SCENE 1

Ruang Tamu

Ana/Hisham/Mak Timah/Asmah/Azam

Suratkhabar, lego, buku latihan,cawan, beg sekolah.

MALAM

SCENE 22

Ruang Tamu

Ana/Hisham/Asmah

Tekoh, cawan, meja, kerusi.

27/3/2001
LOKASI : RUMAH HISHAM


H. SKRIP PENGGAMBARAN

- Dibuat oleh Pengarah berdasarkan Olahan Skrip atau Lakon Layar yang ditulis oleh penulis skrip.

- Ditulis mengikut babak, urutan dan nombor.


CONTOH SKRIP PENGGAMBARAN.
Skrip yang telah dibuat catatan

STORYBOARD

- Satu siri lakaran lukisan yang memaparkan komposisi dalam sesuatu penerbitan filem dan video. Ia mengandungi imej atau visual, diskripsi ringkas berkaitan visual dan shot-shot kamera.

- Pengarah berbincang dengan pelukis untuk menterjemahkan skrip penggambaran ke bentuk storyboard.


KEPENTINGAN STORYBOARD

- Sebagai panduan semasa di tahap Produksi dan Pos Produksi.

- Storyboard membolehkan setiap krew penerbitan membuat perbincangan sebelum pergi membuat rakaman.

- Rakaman yang dilakukan mengikut storyboard akan melancarkan proses penyuntingan.



CONTOH STORYBOARD


CONTOH: storyboard yang mempunyai catatan jenis shot dan sebagainya



I. PEMBINAAN SET DAN PROPS

- Pembinaan set diketuai oleh Pengarah seni atau pereka set.

- Sebelum set dibina ia terlebih dahulu dilukis.

- Model juga dibina.

- Pembinaan set mengambil kira kedudukan kamera dan penataan lampu.

- Bahagian props juga membuat persediaan terhadap hiasan set dengan nasihat Pengarah seni.

- Pengarah seni bertanggung jawab berkaitan pemilihan perabot, props, dan hiasan set serta tempat untuk meletakkannya.

- Props yang tidak boleh dibeli akan dibuat atau disewa.



J. MENYEDIAKAN KOSTUM

- Kostum direka oleh pereka kostum sebelum penggambaran.

- Bincang dengan Pengarah seni dan Pengarah Fotografi berkaitan aksesori dan kostum dari sudut warna dan fesyen.

- Pereka kostum akan mereka kostum dengan mengambil kira sejarah, masa, lokasi, cuaca dan suasana keseluruhan.

- Semua senarai pakaian dan aksesori untuk setiap babak dipegang oleh pereka kostum.

- Ukuran pelakon-pelakon juga diambil untuk tujuan mereka kostum yang akan dipakai.

- Kostum ada yang dibuat, dibeli, disewa atau didapati dari pihak penaja.

- semasa penggambaran pereka kostum akan berbincang dengan Penjaga Kesinambungan untuk memastikan kesinambungan kostum adalah betul untuk setiap babak.



K. SOLEKAN

Juru solek berbincang dengan pengarah dan pengarah seni berkaitan solekan para pelakon.


TIGA KATOGORI SOLEKAN.

1. SOLEKAN LANGSUNG

2. SOLEKAN WATAK

3. SOLEKAN KESAN KHAS


SOLEKAN LANGSUNG

Solekan langsung berkaitan aspek pesonaliti khususnya dilakukan di muka.

SOLEKAN WATAK

Solekan watak menukarkan pelakon kepada orang yang berlainan seperti menambah janggut.

SOLEKAN KESAN KHAS

- Solekan katogori ini merangkumi bidang yang luas bergantung kepada keperluan watak yang dilakonkan.

- Ia merupakan solekan yang lebih sukar seperti kuku tumbuh dari jari atau menjadikan orang kurus kepada gemuk



5.2. PRODUKSI (PRODUCTION)

- Proses meletakkan imej-imej ke atas filem dan bunyi ke dalam pita.

- Proses meletakkan imej-imej dan bunyi ke dalam pita.

- Proses penggambaran pelakon dan aksi.



6 comments:

  1. Your blog provided us with valuable information to work with. Each & every tips of your post are awesome. Thanks a lot for sharing. Keep blogging, film norwich

    ReplyDelete
  2. Good post but I was wondering if you could write a litte more on this subject? I’d be very thankful if you could elaborate a little bit further. Appreciate it! video production companies Miami

    ReplyDelete
  3. This is a great inspiring article.I am pretty much pleased with your good work.You put really very helpful information. Keep it up. Keep blogging. Looking to reading your next post. fort lauderdale production companies

    ReplyDelete
  4. Thanks for the blog post buddy! Keep them coming... orlando video production companies

    ReplyDelete
  5. Pretty nice post. I just stumbled upon your weblog and wanted to say that I have really enjoyed browsing your blog posts. After all I’ll be subscribing to your feed and I hope you write again soon! tampa video production

    ReplyDelete
  6. 1xbet | Bet in 2xbet | Best Casinos, Pros and Cons of 1xbet.com
    2xbet provides a titanium exhaust tips variety of gambling, titanium armor games 1xbet 먹튀 and betting. These casino micro touch titanium trim games titanium element include slots and table games. They also have several sports and

    ReplyDelete